“… dan orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksaan yang pedih; yakni pada hari dipanaskan-Nya emas dan perak itu di dalam neraka jahanam, lalu dibakar-Nya dahi mereka, pinggang mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘inilah harta benda kamu yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri; maka rasakanlah sekarang akibat daripada apa yang kamu perbuat’” (Surah at-Taubah: ayat 34)
Tuhanku
bernafas di ruang uji-Mu
tidak pernah aku puas
kecewa dan keluh-kesah
bertali di urat nadi
sedang aku tahu
Muhammad Rasulullah
pemilik sebuah jazirah
menggadai baju besinya
demi segenggam gandum
menebus lapar diri dan keluarga.
Begitu Umar al-Khattab
penguasa tanah Arab
zuhud di gurun pijar
pasir tilam empuknya
daun-daun tamar kelambu suteranya.
Sedang Abu Dzar al-Ghifari
muttabi kesayangan nabi
terbuang di tanah Rabadzah
hanya kerana percaya
afzalnya manusia kerana taqwa
harta itu daki
hidup satu persinggahan.
Titik-titik hujan gugur, membasah ruang hati
aaahh…, betapa kecilnya diri!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan