Jumaat, 16 Mac 2012

``````KEIMANANKU```````


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimat tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya kuat, dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabb-nya…" 

Hubungan hati seorang hamba dengan Allah SWT terjalin dengan ikatan reda. Reda kepada Allah SWT bermakna menerima qadak dan qadar yang ditentukan oleh-Nya ke atas diri kita. Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Aku tidak kisah bagaimana keadaanku pada waktu pagi dan petang, sama ada dalam kesulitan atau kelapangan.” Di dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman melalui sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mengapakah para kekasih-Ku bersedih terhadap dunia? Sesungguhnya sedih kerana urusan dunia dapat menghilangkan manisnya bermunajat kepada-Ku daripada hati mereka.”

Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah SWT? Tusukan-tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT? Kena marah suami, dengar leteran isteri, kena sindiran bos, melayan kerenah anak-anak, masalah orang gaji, ibu bapa yang uzur, kawan-kawan yang dengki dan pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.

Mengapa seorang mukmin dituntut untuk bersikap reda? Hakikatnya syariat Allah SWT disusun untuk mengatur perjalanan hidup manusia. Allah SWT menyediakan ubat untuk manusia hidup bahagia. Tanpa ubat ini mereka akan sakit dan tertekan oleh cabaran duniawi yang pasti takkan sanggup mereka tanggung. Ubat itu adalah ibadah kepada Allah SWT. Benarkah ibadah menjadi jalan keluar bagi masalah tekanan jiwa?

~~~~~~~~ I LOVE YOU ALL ~~~~~~~~~~

 
Khusus Untuk Mu Keluarga Yang Jauh Di mata Tapi Dekat Di  Hati


Abah MUTALIB YAHYA Mama RAHIDA GHAZALI Adiq ASYRAFF MUZAMMIL
walaupun antara kita tak pernah mengenali antara satu sama lain,,,,,tapi kalian semua terlalu baik  padaku,,,,terlalu memahami apa yang aku lalui,,
Kalian adalah keluarga kedua ku,,,,keluaga yang paling sporting,,,paling cool...
ku besyukur kerana dipertemukan dengan kalian semua..
Kesyukuran yang tidak terhingga,,
yang tak mampu untuk ku ungkapkan dengan kata-kata walaupun sebaris ayat..
jasa budi baik kalian akan ku bawa hingga ke SYURGA FIRDAUSI..
Andai jika kita dipertemukan,,,
ingin ku rangkul pelukan mu hingga ke bulan,,
agar bisa aku sentiasa tersenyum riang abadi,,
dengan kenangan yang mengusik jiwa..

Abah,mama dan adiq,,
ketahuilah saat ku mencoret titipan ini,,,
airmata kerinduan mengalir tanpa ku sedari..
sebak di dada ku,,
hanya ALLAH yang mengetahui,,
isi hati ku kala ini...

PERCAYALAH WAHAI AYAHANDA BONDA DAN ADINDA KU MANJA,,,,
KU SELALU MERINDUIMU,,,MENYAYANGI MU DUNIA AKHIRAT...
MOGA ALLAH MENGABULKAN PERMINTAAN KU UNTUK BERSUA DENGAN KALIAN SEMUA,,,AAMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNNNNNNN..