Ahad, 12 Februari 2012

YA ALLAH YA TUHAN KU,,
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,,,,

Ampunkanlah segala dosa-dosaku,
terlalu banyak dosa yang telah Engkau dilihat di atas sana,,,
Tapi,,,,aku terus terusan,,
dibuai keduniaan,,
tanpa memikirkan apa balasan ku kelak di akhirat.

CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA




Pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…
Ya Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam mengejar cinta seorang bernama insan,
aku kecewakan dan abaikan engkau,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering terleka dan lalai,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering tersasar meletakkan kasih itu,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…
hatiku milik siapa???
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…

Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…
ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisaberdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…

Ya Allah, Ya Rabbi,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat….

Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….

Bukan Ini Pinta ku


Seandainya,
nafasku terhenti di saat gembira mu,,,
maafkanlah aku,,,
kerana itu bukan pinta ku,,,


Seandainya,,
disaat ini aku berdiri di sisi mu,,
izinkan aku membuat mu tersenyum riang,,,
kerana aku tidak tahu,,
apakah esok nyawa ku masih bernadi....


Seandainya,,,
diri ku terpanggil menemui Yang Maha
Esa,,,
ku inta dari mu,,,
titikanlah sekalung Al-Fatihah kepada ku,,,
supaya aku bisa tenang di sisinya.....











KAU ADALAH PENAWAR DI KALA DUKA KU








Wahai anak-anak ku,
Ingatlah esan ibu mu,
Bukan senang untuk menjalani kehidupan tanpa mu,
Aku sanggup buat apa sahaja demi mu sayang,
Aku tahu apa yang kalian inginkan,
Kamu mahukan sebuah keluarga yang bahagia,
Tapi apakan daya,
Aku tidak dapat melawan takdirNYA,
Aku hanya bisa memberikan mu sedikit kebahagiaan,
Walaupun tidak sepenuhnya,,,
Akan ku cuba untuk membuat mu,
Gembira tanpa secalit kedukaan.......


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,,,
Lindungilah mereka ini di mana mereka berada,,
Andainya nyawaku melayang sebelum waktunya,,
Ku pinta kepada mu,,,
Lindungilah hati-hati mereka dari segala maksiat,,
Aku tidak mahu mereka seperti remaja sekarang,,
Yang di mana adab dan adat sudah dilupai..


Allahuakbar,,
Berikanlah mereka hidayah Nur dariMu,,
agar mereka tahu siapa itu ALLAH,,
Agar mereka tahu apa itu ISLAM,,
Agar mereka tahu HUKUM HAKAM dunia ini.....




Di akhir kata ku ini,,,
Dengan linangan aimata seoang ibu,,,
Ku akui ku bersedih kerana aku tidak mampu,
Tidak mampu untuk menjaga amanat mu ini YA ALLAH,
Amanat yang paling berharga bagi seorang ibu,,,
Tetapkanlah iman ku Ya Allah,,
Moga Engkau perkenankan doa


SEORANG IBU YANG KHILAF...