Jumaat, 17 Februari 2012

UNTUK SEMUA SAHABAT-SAHABAT KU~~~~~



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...



Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada

Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

MENCARI KUNCI HATI



"Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan" (Al-Baqarah: 168)




Syaitan membuat program untuk para pengikutnya. Maka daie juga semestinya ada program untuk mad'unya yang sememangnya berbeza dan murni berbanding dengan program syaitan.




"Janganlah kalian berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh kalian). Jika kalian menderita kesakitan (kekalahan), maka mereka sesungguhnya juga menderita kesakitan, sebagaimana kalian menderitanya. Sedangkan kalian mengharap daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (An-Nisa': 104).




Daie janganlah bersedih atau berputus asa jika hasil yang diharapkan tidak tercapai. Buat refleksi dan perbaiki program. Tugas daie seperti seorang doktor yang akan memberi ubat sesuai dengan penyakit yang dihidapi pesakitnya. Tidak masuk akal jika pesakit diberi ubat yang sama kerana penyakit mereka tentu berbeza-beza.




Tugas daie juga seperti seorang guru yang menghayati hati dan pemikiran pelajarnya, lalu dibimbing mereka sedikit demi sedikit, hingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

Seorang daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang tidak akan merasa sulit untuk memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain kerana tatapan mata yang penuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.




"Katakan, 'terangkan kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapa Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu? Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga)." (Al-An'am:46)




Manusia yang sedemikian tidak memahami makna hidup dan tanggungjawab yang dibebankan. Mereka ibarat orang yang sedang tidur lena dan memerlukan orang lain membangunkannya. Siapa lagi jika bukan daie? Oleh itu daie hendaklah menjadikan penglihatan, pendengaran dan hatinya berfungsi untuk membolehkannya membuka pintu hati yang tertutup itu, biiznillah.




" Maka disebabkan rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Ali Imran:159)




"Tiada suatu musibah pun yang menimpa sesorang kecuali dengan izin Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (At-Taghabun:11)




Perasaan dan kasih sayang adalah "bahasa" antarabangsa. Dengan bahasa inilah generasi pertama umat ini menakluki dunia dan menjadi lentera kehidupan.

DOA KU UNTUKNYA






"Ya Allah, walau siapa pun yang Kau kirimkan untuk menjadi pasangannya, biarlah dia datang dari kalangan orang yang baik-baik. Orang yang mampu membimbingnya ke jalan yang benar, bukan jalan yang pernah kuajarkan padanya. Orang yang mampu menyenangkannya di kala dia susah, lebih dari yang aku mampu lakukan. Orang yang mampu menenangkannya kala dia bersedih, di mana aku tidak pernah langsung mampu melakukannya. Temukanlah dia dengan orang yang sempurna, kerana dia sempurna segala segi. Ya Allah, bagiku tiada yang lebih baik dari dia..."

SUATU KETIKA~~~~~~~~~~~~~~SUATU MASA




Suatu masa,
Bila kita di bawah,
                                                                              
kita sering mendongak,,
Dan berfikir,,,
Menghitung dengan rentak jari jemari,,
Bilakah akan di atas.............

Bila suatu ketika,,,di atas,,,
Janganlah sesekali,,,
Kamu lupa untuk menunduk,,,,
Usahlah kamu berdiri megah,,
Denagn riak dan bangganya........

Ingatlah wahai sahabatku semua,,,
Peringatan ini bukan untuk ku seorang,,
Tapi untuk semua,,
Bila kita di bawah,,
Kita merayu pada YANG MAHA ESA,,
Supaya memberi peluang,,,,membuka pintu,,
untuk kita mendaki tangga ke atas....

Wahai Sahabatku,,,
Bersyukurlah kepada YANG MAHA ESA,,
Dan beringatlah,,,
Ini semua pinjaman dunia,,
Hanya sementara,,,,,,,,
ALLAH menguji kekayaan kepada mu,,,
Untuk melihat tahap keimanan mu,,,
Adakah kamu sirna dengan pemberiannya??????////

Usahlah jadi makhluk yang sentiasa khilaf,,,
Khilaf dengan warna warni dunia ini,,,
Tapi jadilah makhluk yang selalu
Mensyukuri nikmat-nikmat ALLAH SWT...

RINTIHAN KU,,HANYA KEPADA MU KU BERSERAH




Tuhan,
hari ini kulihat segalanya lebih terang
ataukah hanya dalam penglihatanku saja
kumohon petunjuk dariMu
turunkanlah pertanda
atau memang sudah

.
Tuhan,
aku tak kuasa melawan kehendakMu
ataukah hanya kesalahpahaman belaka
kumohon Engkau teguhkan
kukuhkan lakuku atau
haruskah usai

.

Tuhan,
Aku tak berhasrat lagi meminta padaMu
sesuatu yang bukan hakku
maka lenyapkan segala inginku
buatlah aku melupa akan nafsuku

.
Tuhan,
biarlah kini semua menjadi apa yang Kau mau
dan bukan lagi apa yang ku mahu
sebab sembilu menusuk hati
pilu bila kumasih degil
dan bukan berserah
padaMu

.
Tuhan,
sibukkan diriku dengan amal dan wajibku
jauhkan dari fitnah dan goda dunia
lindungi hatiku dengan kasihMu
sehingga tak lagi kuingin miliki Cinta yang lain
kecuali CintaMu

.
Tuhan,
luaskan hatiku selapang langitMu
panjangkan sabarku serupa lautMu
hingga tak lagi kuberharap
apa yang tak akan Kau berikan
padaku

.

Tuhan,
izinkan aku bahagia dengan hidupku
biarkan aku bekerja untuk cintaMu
jika ini yang harus kutebus
untuk meraih surgaMu
biarkan aku

.

Tuhan,
tutup mataku bila tak lagi melihat padaMu
bungkam mulutku bila tak lagi berzikir padaMu
pekakkan telingaku kecuali hanya pada panggilanMu
ikat hati dan batinku buanglah bila ia tak lagi mencintaiMU

.

Tuhan,

Jangan biarkan aku mencintai sesuatu dan mencintai seseorang
melebihi cintaku padaMu ya Allah
selamatkan aku dari dosaku
yang menduakanMu.
بسم الله الرحمن الرحيم 


dengan nikmatanya,,iman dan Islam,,dapat ku bernafas hari ini dengan kalimah kesyukuran....


   Janganlah keselesaan ini membuatkan aku lupa pada tanggungjawab aku selaku kahlifah di muka bumi ALLAH ini..


Ada lisan dijaga,,
Ada amanah yang perlu aku tunaikan...


LAYUKALLIFULLAHHU NAFSAN ILLA WUS'AHA....


Maka,,,,wahai sahabat-sahabat ku di mana pun kamu berada...kita semua adalah pilihan ALLAH untuk memegang dan menggalas tanggungjawab sebagai hambanya....


Bukankah ALLAH itu menyukai kita memperelokkan lagi setiap erancangan itu.....

HAPPY SOKMO................~~~~~~~~~~

Nurfarihana Binti Saugi dan Radiyah Noor Binti Othman,,,,,.........


Dua orang saudara perempuan ku di Mega One Telecomunication yang sporting dan giler-giler.....Walaupun tiada pertalian darah antara kami,,tapi hubungan kami erat,,,,,sentiasa bergurau senda apabila berkumpul.....suka ketawa apabila berkumpul.....buat lawak antara sendiri......mempunyai keserasian antara kami bertiga.....


Ku berharap ikatan ini akan kekal hingga ke akhirnya walaupun antara kami akan terpisah satu hari nanti.......Guy's you are the best sister........Hidup akan kosong bila salah satu antara kita tiada......korang yang paling rapat dengan ku......i love youuuuuuuuuuuu.....................