Sabtu, 18 Februari 2012

(^___________^)

‎~* Syeikh Syaqiq bin Ibrahim menafsirkan Surah As-Syura ayat 27.~*
Andaikan Allaah memberikan keluasan rezki kepada hamba NYA..
Pasti mereka melampaui batas dalam kerosakan moral nya..
Tetapi Allah menurunkan dengan kadar sekehendak NYA..
Untuk kebaikan hamba-hamba NYA..
Sesugguhnya Allah terhadap hamba-hamba NYA..
Mengetahui sedalam-dalam nya dan mengawasi nya.~*

Ibnu Umar r.a. berkata : Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah sayang pada tiap orang mukmin yang berusaha, ayah dari beberapa anak ( berkeluarga) dan tidak suka kepada penganggur yang sihat yang tidak beramal dunia dan tidak beramal akhirat.


‎~* Kejujuran itu umpama permata..
Tersimpan dalam lautan ilmu..
Amal soleh dan akhlaq yang mulia..
Kejujuran itu pintu gerbang syurga..
Kedustaan itu pintu gerbang neraka..
Perhatikanlah kejujuran..
Kerana di dalam nya..
Ada keselamatan.~*

Jika embun pagi itu suci..
Maka lebih suci lagi sebuah perasaan..
Jika pelangi itu indah..
Maka indah lagi sebuah ikatan..
Jika permata itu berharga..
Maka lebih berharga lagi sebuah persahabatan. (^_^)V.

~* Bunga ros bunga raya..
Kembang mekar tepi perigi..
Kaya dengan akhlaq mulia..
Budi pekerti perhiasan diri..

Bunga mawar cantik berseri..
Bau nya pula harum mewangi..
Walau cantik walau berseri..
Tetapi dia tetap berduri..(^_^)V.

Tiada ulasan: