Isnin, 20 Februari 2012

Jadikan Aku Yang Terbaik


Ya Allah, jadikanlah aku yang terbaik.
Dalam segala hal yang Kau izinkan aku ceburi
Dalam segala apa yang Kau beri aku jadi
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang terbaik
Kepada kedua ibu bapaku yang Kau beri
Ya Allah, jadikanlah aku anak menantu yang terbaik
Kepada kedua mertuaku yang Kau anugerahkan
Jasa mereka takkan mampu kubalas
Selain Kau izinkan aku menjadi yang terbaik
Biar mereka terasa tenang dan puas.
Ya Allah, jadikanlah aku suami yang terbaik
Kepada isteriku yang Kau hadiahkan
Dia seorang yang amat baik untuk diberikan kepadaku
Maka jadikanlah aku orang baik dan sesuai untuk dirinya
Makbulkan doa ini
Kerana Kaulah yang memberi
Ya Allah, jadikanlah aku bapa yang terbaik
Kepada anak-anakku yang Kau lahirkan
Biar nanti mereka membesar menjadi yang terbaik
Menjadi saham aku bila berhadapan dengan Kau kelak
Ya Allah, jadikanlah aku abang yang terbaik
Kepada adik-adik aku yang telah Kau kurniakan
Aku tidak tahu apa lagi yang mampu menyenangkan mereka
Melainkan Kau menjadikan aku yang terbaik
Agar mampu melindungi dan memimpin ke syurga
Ya Allah, jadikanlah aku sahabat yang terbaik
Kepada sahabat-sahabatku yang telah Kau hadirkan
Ya Allah, jadikanlah aku anak murid yang terbaik
Kepada guru-guruku yang telah Kau berikan
Ya Allah, jadikanlah aku penulis yang terbaik
Di atas medan yang telah kau wujudkan
Ya Allah, jadikanlah aku ummat yang terbaik
Kepada Rasulullah SAW yang telah Kau utuskan
Sungguh malu diri ini menjadi ummat baginda
Dalam keadaan diri ini tunggang terbalik mengamalkan ajarannya
Maka bantulah aku dengan menjadi yang terbaik
Agar aku benar-benar mampu membumikan apa yang baginda bawa
Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang terbaik
kepadaMu Wahai Ar-Rahman
hanya kepada Kau aku berharap memohon segala permintaan
bukanlah terbaikku mampu membalas segala nikmat pemberian
sekadar terbaikku adalah usaha terulung yang mampu kulakukan
Maka jadikanlah aku yang terbaik
Dalam segala hal yang Kau izinkan aku ceburi
Dalam segala hal yang Kau beri Aku jadi

Tiada ulasan: