Selasa, 21 Februari 2012

SUNGGUH AKU RINDU








Sungguh aku rindu….

Saat ini cukup damai,

Kekadang terhembus angin soify,

Menusuk ke tulang temulang,

Sungguh aku kerinduan,
pada keagungan islam yang pernah gemilang,
satu ketika dahulu,
terkenang aku pada seorang insan,
berambut hitam likat menutupi bahu,
berwajah tenang seakan rembulan,
berkulit kemerahan menampakkan kesucian,
bertubuh gagah tanda keberanian,
bersifat zuhud takutkan tuhan,
sentiasa dia mengingatkan keagungan Allah..
yang tiada tandingannya,
bermatian dalam jihad,
lekang tidak ingatannya pada yang esa,
petunjuk jalan akhir zaman,
kekasihn tuhan semesta alam,

namun,
kesuciannya disalah ertikan,
sentiasa dihina, dicaci, dan disingkir,
malah cuba ditamatkan riwayatnya,
namaun tautan rabitah diyakini,
digagahi kakinya bertapak dibumi anbiya’,
menyebarkan ad-deen yang sempurna,
walau berkocak darah dalam sepatu,
menahan kesakitan yang terzahir,
mengharungi ribuan peperanagan,
melalui pelbagai rintangan, cubaan, onak dan duri,
demi membawa islam yang satu,
teguh melangkah diiringi teman,
berganding bahu disaat gentir,
bersatu padu setiap waktu,
sentiasa Allah pergantungan yang satu,

Akhirnya,
Bersinar ad-deenul islam,
Menguasai ¾ muka bumi,
Diterangi nur rahmat yang Esa,

Sungguh dia…
Aku rindui..
Kerana dia, berkesempatan kita kini,
Mengecap 2 nikmat ilahi,
Iman dan islam disanjung menggunung,

Ayuh kita menadah tangan,
mohon keampunan beserta tangisan,
kerna kealpaan sentiasa bertandang,
bersyukurlah kita masih dalam naungan,
kasih saying pencipta…
syukur pada segalanya…

sungguh aku rindu,
padanya yang tidak pernah ku temui,
itulah ‘Muhammad’ kekasih ilahi….

DOA PEMBUKA MENJAGA LISAN






Segala puji milik Allah. Kami memohon pertolonganNya, dan mohon ampun kepada Nya. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku dan keburukan amalku.
Barang siapa yang diberi petunjuk Allah maka tidak ada siapapun yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada siapapunyangdapatmenunjukinya.
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, aku mengesakanNya dan tidak mempersekutukanNya.
Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan rosulNya, tidak ada nabisetelahDia.
Ya Allah, berikan sholawat, salam dan kebaikan atas nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.” Semoga kelak di yaumil akhir kita akan mendapatkan syafaatnya

Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wa ta’ala shalawat dan salam semoga tetap tercurahkan kepada baginda Rasulullah shalallahu ‘alai wasallam, Amma Ba’du

Isnin, 20 Februari 2012



Perkara yang sama, jenis yang sama, berlaku lagi

Hati meronta-ronta tidak mahu melaluinya

Namun tiada siapa yang dapat menghalangnya dari berlaku

Inikah cara Dia menduga aku...?




Manis di luar, pahit di dalam
Dapat dirasakan betapa bisanya menusuk hati
Ingin sekali aku menjauhi dan membuang perasaan sayang, kasih dan cinta ini sejauh-jauhnya....sedalam-dalamnya...
Namun apa kan daya, semuanya telah difitrahkan buat manusia seperti aku
Aku hanya mampu merenung setiap kejadian dengan titisan mutiara itu
Aku semacam telah penat dan lelah
Ingin aku mengetahui kesudahan bagi episod ini,
bahagia? derita? atau tiada kesudahannya....?
Sabar seorang pengembara di tanah milik-Nya
Meniti titian yang jauhnya tidak diketahui
Berjalan-dan terus berjalan menuju destinasi yang diimpi selama ini seperti dalam mimpi
Hanya ak, bersedia untuk kemungkinan sejarah itu akan berulang
demi mengharap keredhaan-Nya....
Aku pasrah, namum tidak akan senang mengalah !

Jadikan Aku Yang Terbaik


Ya Allah, jadikanlah aku yang terbaik.
Dalam segala hal yang Kau izinkan aku ceburi
Dalam segala apa yang Kau beri aku jadi
Ya Allah, jadikanlah aku anak yang terbaik
Kepada kedua ibu bapaku yang Kau beri
Ya Allah, jadikanlah aku anak menantu yang terbaik
Kepada kedua mertuaku yang Kau anugerahkan
Jasa mereka takkan mampu kubalas
Selain Kau izinkan aku menjadi yang terbaik
Biar mereka terasa tenang dan puas.
Ya Allah, jadikanlah aku suami yang terbaik
Kepada isteriku yang Kau hadiahkan
Dia seorang yang amat baik untuk diberikan kepadaku
Maka jadikanlah aku orang baik dan sesuai untuk dirinya
Makbulkan doa ini
Kerana Kaulah yang memberi
Ya Allah, jadikanlah aku bapa yang terbaik
Kepada anak-anakku yang Kau lahirkan
Biar nanti mereka membesar menjadi yang terbaik
Menjadi saham aku bila berhadapan dengan Kau kelak
Ya Allah, jadikanlah aku abang yang terbaik
Kepada adik-adik aku yang telah Kau kurniakan
Aku tidak tahu apa lagi yang mampu menyenangkan mereka
Melainkan Kau menjadikan aku yang terbaik
Agar mampu melindungi dan memimpin ke syurga
Ya Allah, jadikanlah aku sahabat yang terbaik
Kepada sahabat-sahabatku yang telah Kau hadirkan
Ya Allah, jadikanlah aku anak murid yang terbaik
Kepada guru-guruku yang telah Kau berikan
Ya Allah, jadikanlah aku penulis yang terbaik
Di atas medan yang telah kau wujudkan
Ya Allah, jadikanlah aku ummat yang terbaik
Kepada Rasulullah SAW yang telah Kau utuskan
Sungguh malu diri ini menjadi ummat baginda
Dalam keadaan diri ini tunggang terbalik mengamalkan ajarannya
Maka bantulah aku dengan menjadi yang terbaik
Agar aku benar-benar mampu membumikan apa yang baginda bawa
Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang terbaik
kepadaMu Wahai Ar-Rahman
hanya kepada Kau aku berharap memohon segala permintaan
bukanlah terbaikku mampu membalas segala nikmat pemberian
sekadar terbaikku adalah usaha terulung yang mampu kulakukan
Maka jadikanlah aku yang terbaik
Dalam segala hal yang Kau izinkan aku ceburi
Dalam segala hal yang Kau beri Aku jadi

Ahad, 19 Februari 2012

MUTIARA HATI KU

"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu belaka,,,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang....."

Rasulullah SAW enah ditanya oleh para sahabat:
"Apakah ciri-ciri seorang yang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik?"
Baginda SAW menjawab yang bermaksud:
"Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita mengingati Allah SWT dan Dia jugalah yang memberim peringtan kepada kita ketika kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya.."

Cinta bukan mengjar kita lemah,,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.....

Istilah 'tidak ada waktu' jarang sekali merupakan alasan yang jujur kerana ada dasarnya kita semua memiliki waktu 24 jam yang sama setiap hari.yang erlu dipertingkatkan ialah cara membahagikan waktu dengan lebih cermat...

Cintailah yang memberi nikmat,,dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan..

Empat perkara yang menimbulkan cinta:
      MUKA JERNIH,,,RINGAN TANGAN,,MENCARI ERSESUAIAN SAMA SENDIRI,,SAMA YANG DI MULUT DENGAN YANG DI HATI....

Jika seseorang merasakan mereka tidak pernah melakukan kesalahan selama mereka hidup,,maka sebenarnya mereka tidak pernah mencuba hal-hal yang baru dalam hidupnya...

janganlah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu menjadi lupa dan kebencian kamu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur...

Apabila dalam diri seseorang masih ada rasa malu dan takut untuk berbuat sesuatu kebaikan,,maka jaminan bagi orang tersebut adalah ia tidak akan bertemu dengan kemajuan walau selangkah pun....

Orang yang berkasih-kasihan ada jalan Allah aabila berjumpa,lalu jelas-menjelaskan satu sama lain untuk mengikis segala kesusahan daripada mereka,,sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran pada musim dingin....




Sabtu, 18 Februari 2012

(^___________^)

‎~* Syeikh Syaqiq bin Ibrahim menafsirkan Surah As-Syura ayat 27.~*
Andaikan Allaah memberikan keluasan rezki kepada hamba NYA..
Pasti mereka melampaui batas dalam kerosakan moral nya..
Tetapi Allah menurunkan dengan kadar sekehendak NYA..
Untuk kebaikan hamba-hamba NYA..
Sesugguhnya Allah terhadap hamba-hamba NYA..
Mengetahui sedalam-dalam nya dan mengawasi nya.~*

Ibnu Umar r.a. berkata : Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah sayang pada tiap orang mukmin yang berusaha, ayah dari beberapa anak ( berkeluarga) dan tidak suka kepada penganggur yang sihat yang tidak beramal dunia dan tidak beramal akhirat.


‎~* Kejujuran itu umpama permata..
Tersimpan dalam lautan ilmu..
Amal soleh dan akhlaq yang mulia..
Kejujuran itu pintu gerbang syurga..
Kedustaan itu pintu gerbang neraka..
Perhatikanlah kejujuran..
Kerana di dalam nya..
Ada keselamatan.~*

Jika embun pagi itu suci..
Maka lebih suci lagi sebuah perasaan..
Jika pelangi itu indah..
Maka indah lagi sebuah ikatan..
Jika permata itu berharga..
Maka lebih berharga lagi sebuah persahabatan. (^_^)V.

~* Bunga ros bunga raya..
Kembang mekar tepi perigi..
Kaya dengan akhlaq mulia..
Budi pekerti perhiasan diri..

Bunga mawar cantik berseri..
Bau nya pula harum mewangi..
Walau cantik walau berseri..
Tetapi dia tetap berduri..(^_^)V.

SATU RENUNGAN KEPADANYA


Ku pejamkan mataku buat seketika....
Ku bayangkan diriku ini..
Kerdilnya ku rasa....
Ku buka mataku perlahan-lahan...
Aku memerhatikan keadaan sekeliling ku...


"Ya Allah... Engkau lah yang Maha Besar,Maha Berkuasa,lagi Maha Pencipta..."


Ku tundukkan wajah ku...
Hampir luluh hati ini apabila mengenangkan nasib sebagai seorang hamba Allah yang kadang-kala naik turun imannya..
Ku beristifar berkali2... ku beristifar...


Astafirullah'hallazim.. 
Astafirullah'hallazim..
Astafirullah'hallazim....


"Ya Allah.. hambaMu ini kalah..hambaMu ini rebah..hambaMu ini tidak kuat Ya Allah.."
"Mohon berikan kekuatan pada diri ini Ya Allah..."
"Dimanakah akan ku berada sekarang..?"
"Antara Dosa ataupun pahala..."
Neraka atau pun SyurgaMu.."


Keimanan ini terganggu dengam nafsu yang kadang-kala tak dapat dijinakkan..


"Mohon kekuatan dariMu Ya Allah...letakkan hambaMU ini dilakalangan orang-orang yang beriman kepadaMU..."


Bila ku renungkan lagi masa depan ku..
Ya..
Ku rasakan masa depan ku semakin jauh...
Jauh nun disana....
Tidak dapat kufikirkan..apa yang akan jadi pada masa depan ku nanti...


Ku cuba renungkan sedalam-dalamnya lagi..
Apa yang tersirat disebalik perjalanan hidupku..?
Ku rasakan ia semakin singkat..
Singkat kerana nyawa ini milik Allah S.W.T....
Ku tersedar..apa yang dekat dengan ku adalah kematian..
Bila-bila saja Allah mampu untuk menyekat perjalanan hidupku....


Ku tersentak seketika....
"Subhanallah...Maha suci Allah...."


Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa diduga...



."Ya Allah hanya Engkau sahaja yang layak untuk lakukan apa-apa saja ke atasku..
Aku serahkan segala-galanya ke padaMu Ya Allah.."
"Aku serahkan segala-galanya....."


Bilaku direnungkan lagi..
Bagaimana rupa dan tingkah laku ku sepanjang hidup ini..?
Seberapa banyak dosa dan pahala yang telah aku kumpulkan sepanjang hidup ini..?
Sebanyak mana aku mengingatiNYA berbanding dengan ku mengingati dunia yang fana ini...?
Padahal apa yang berlaku sekarang...semua nikmat dariNYA..


Sepanjang hidup ini..
Berapa banyak kerugian dan kerosakkan yang telah ku lakukan...
Beruntunglah bagi sesiapa yang mensucikan dengan segala hal yang baik di muka bumi ini..
Tapi bagaimana dengan diri ku.....???


Kurenungkan kehidupan ini sedalam-dalamnya lagi..
Bila kah kali terakhir aku bertaubat dan memohon ampun kepadaNYA..?
Bila kah kali terakhir ku lakukan dosa kepadaNYA..?
Bila kah kali terakhir aku ungkapkan kata syukur kepadaNYA..?


"Ya Allah berikanlah daku pengampunan dan peluang untuk ku bertaubat kepadaMU.."


Beruntungnya jika sentiasa berada dalam rahmatNYA..peliharaanNYA..
Hidup ini penuh dengan cabaran..
Cabaran yang getir..
Cabaran yang kecil...
Cabaran yang besar dan ada cabaran yang perit untuk dilalui...


Sabar...
Sabar...
Sabar...


Untuk orang yang sentiasa bertakwa dan ingat padaNYA..
Jika lupa padaNYA..
Nafsulah yang akan sentiasa menguasai diri ini..
Malah boleh menjadi tuan pada diri sendiri..


Alangkah indahya menjadi orang yang sentiasa dalam perliharaanNYA..
Syukur padaMu Ya Allah...


"Ya Allah..sekali lagi..Engkau pandanglah hambamu ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu...."


Indahnya diri ini...
Jika..


Menangis dan takut apabila melihat kekuasaan penciptaNYA..
Menangis bila mendengar kisah perjuangan kekasihNYA..
Menangis kerana tagihkan pahala dariNYA..
Menangis kerana takut tidak dapat pengampunan dariNYA..
Menangis takutkan NerakaNYA..
Menangis sebagai HambaNYA..
Dan menangis sebagai seorang hamba yang merdeka..
kerana bersyukur atas nikmat pemberian yang tidak terhingga dariNYA..


"Ya Allah..hambaMu ini sentiasa berdoa dan terus berdoa..semoga di kekalkan dalam golongan yang menangis keranaMu Ya Allah.."


Bukakan lah mata hati ini Ya Allah..
Berikan hambaMu ini kekuatan..untuk memandang dengan jelas..
Siapakah diri ini yang sebenar..???


Ya..
Diri ini bagaikan debu di lautan..
Tiada apa2 pun..
Harta yang ada hanyalah sebagai pinjaman..
Gerakkan jasad ini juga,atas izin dari NYA..
Malah jasad ini juga sebagai pinjaman yang diberikan dariNYA
Tiada apa yang tinggal..
Semuanya adalah hak milik kekal Allah S.W.T...


"Ya Allah..ku bermohon padamu..pandanglah diri yang jijik ini Ya Allah..pandanglah hati yang gelap dan penuh dengan dosa ini Ya Allah..
Mohon padaMu..kau tutuplah pintu kejahatan di dalam hatiku..dan bukakanlah pintu kebaikan pada hati ku,jadikan lah hambu ini,hamba yang sentiasa mengingatiMu.. Hamba yang sering memohan ampun padaMu..Hamba yang sering menangis keranaMu,dan menangis mengenangkan perjuangan kekasihMu,buangkanlah segala titik-titik kehitaman dalam diri ini, kau siramilah nur hidayah pada hatiku..jadikanlah hambMu ini sebagai seorang khalifah yang sanggup berjuang kerana agammaMu,dan mati kerana Mu..itu lah yang ku mahukan..seperti mana Rasulullah dan para sahabat berjuang bermati-matian kerana Mu...
Jika tiba masanya,untuk kau hentikan nafasku..letakkan hambaMu ini dikalangan orang yang pergi ke SyurgaMu..bukan Neraka Mu..peliharalah hambu ini Ya Allah...peliharalah hambaMu ini..."


Amin...


Subhanallah....
Walhamdulillah....
Wala'ilahaillallah....
Allahuk'akbar.....